Rohana pulangkan wang 1MDB, lepas atau dakwa?

Rohana Rozhan yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Tim Liessner dipercayai bersetuju untuk memulangkan semula aset yang dimiliki hasil 1MDB.

Persoalannya adakah Rohana akan didakwa atau dilepaskan sekiranya memulangkan semula wang dan aset yang dimiliki hasil pemberian Liessner?



 

Menurut laporan Utusan yang memetik sumber SPRM menyatakan agensi tersebut sedang giat mendapatkan semula wang serta aset.

Rohana mengakui menerima sejumlah USD10 juta dari Tim Liessner dan wang sebanyak USD7 juta digunakan bagi membeli aset di London.



Nama Rohana disebut dalam Mahkamah US apabila Tim menjadi saksi pendakwa dalam kes bekas pegawai 1MDB Roger Ng.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terbabit dalam pelanggaran undang-undang anti-rasuah AS dan konspirasi pengubahan wang.

 



 

Dalam pada itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang turut menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah menggesa SPRM mendedahkan samada Rohana akan didakwa atau tidak. Ini berikutan ada tanda wanita itu (Rohana) menyembunyikan maklumat skandal 1MDB.

Bagaimanapun pihak SPRM menegaskan siasatan terhadap kes Rohana masih berjalan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

SPRM bekukan aset Rohana, Zeti bila?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading