Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen disyaki didalangi warga Pakistan

Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen disyaki didalangi warga Pakistan

Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen disyaki didalangi warga Pakistan

GEORGETOWN: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Pulau Pinang membongkar kegiatan memproses i-Kad Imigresen, kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta lesen memandu antarabangsa Pakistan palsu yang disyaki didalangi warga Pakistan, dalam operasi ke atas rumah pangsa di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Lepas, di sini, hari ini.

Pengarahnya, Shah Inor Shahbudin, berkata operasi bermula jam 12.30 tengah malam itu dibuat susulan aduan awam dan risikan berhubung kegiatan warga asing yang dilihat sering berkeliaran di kawasan penempatan berkenaan sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan.



Dalam operasi berkenaan, beliau berkata, seramai 33 individu di 11 unit kediaman telah diperiksa dan daripada jumlah itu, lima ditahan membabitkan masing-masing seorang wanita serta lelaki warga Myanmar dan tiga lelaki warga Pakistan.

“Ketika serbuan di sebuah daripada rumah didiami warga Pakistan, anggota operasi telah menemukan beberapa peralatan elektronik termasuk komputer riba, mesin lamina, mesin pencetak, 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak dan tiga keping pasport yang sedang diubah suai.”Turut ditemukan ialah lima keping i-Kad Imigresen, tiga kad CIDB dan lima keping lesen memandu antarabangsa Pakistan yang telah siap dicetak.

“Selain itu, peralatan pengubahsuaian pasport, 57 keping plastik lamina lut sinar, pemacu cakera keras serta tiga telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik




Di samping kes memalsukan dokumen, Shah Inor berkata, kesalahan lain dikesan ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi masa dan lain-lain lagi yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Shah Inor berkata, kesemua warga asing berusia 30 hingga 50 tahun itu kemudian ditahan di Depot Imigresen Juru untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara. – BERNAMA



Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen disyaki didalangi warga Pakistan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading