Nasihat Jho Low berkaitan isu kewangan tidak selalu munasabah – Saksi


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abd Rahman, 47, hadir sebagai saksi perbicaraan kes yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1MDB di Mahkamah Tinggi, hari ini.
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

15/02/2021 04:34 PM

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa beberapa nasihat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak selalunya munasabah dari sudut kewangan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kesnya membabitkan dana 1MDB.



Muhammad Shafee: Kamu melihat nasihat Jho Low berhubung perkara yang perlu dibangkitkan dan sebagainya. Sebagai CEO berpengalaman dalam bidang korporat, bagaimana kami menilai nasihatnya? Adakah hebat, sederhana, boleh diterima? Secara umum, adakah pelik dan tidak masuk akal?

Mohd Hazem: Secara amnya, nasihatnya ada kaitan dengan perkara yang memerlukan tindakan pantas. Ada yang munasabah dan ada beberapa yang mungkin tidak masuk akal dari sudut kewangan.

Muhammad Shafee: Kamu menyedari bahawa beberapa nasihat boleh diterima dan ada yang tidak sesuai dari sudut kewangan?

Mohd Hazem: “Ya”.



Kepada soalan sama ada nasihat yang diberi melalui e-mel atau mesyuarat, Mohd Hazem berkata nasihatnya melalui Blackberry Messenger atau mesyuarat bersemuka.

“Mesyuarat bersemuka yang dihadiri pegawai kanan diadakan di pangsapuri Jho Low di 3 Kia Peng, di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, Jho Low tidak boleh dilihat memberi nasihat kepada 1MDB, tidak boleh berada di pejabat 1MDB,” kata Mohd Hazem dan menjelaskan bahawa tindakan bermesyuarat di rumah ahli periagaan itu “kerana Jho Low bukan sebahagian 1MDB”.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.



Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Nama Jho Low tidak pernah disebut dalam minit mesyuarat Kabinet – Saksi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button