Tangan ada kesan kelar, lelaki ditemui mati di tandas rumah

Tangan ada kesan kelar, lelaki ditemui mati di tandas rumah

Tangan ada kesan kelar, lelaki ditemui mati di tandas rumah
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dengan kesan kelar di tangan kirinya, ditemui maut dalam tandas rumahnya di Taman Kelisa Ria, di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 58 itu ditemukan dalam keadaan terduduk dengan mukanya berada dalam mangkuk tandas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata polis menerima panggilan daripada kakitangan hospital pada jam 1.10 tengah hari tadi memaklumkan penemuan mayat terbabit.



Beliau berkata, isteri mangsa yang pada mulanya curiga selepas gagal menghubungi lelaki itu sejak jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, meminta bantuan jiran untuk melihat apa yang berlaku kepada suaminya itu di rumah mereka.

“Jiran wanita kemudian pergi ke rumah mereka dan dia yang melihat pintu tidak berkunci masuk untuk melihat apa yang berlaku terhadap mangsa.

“Bagaimanapun, jiran terbabit terkejut melihat keadaan lantai ruang tamu dipenuhi darah sebelum menghubungi ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat pisau pemotong kertas di ruang tamu rumah berkenaan.



“Mayat mangsa ditemukan berpakaian lengkap dengan kesan kelar di tangan kiri,” katanya.

Zaidy berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal di rumah itu bersama isteri dan pasangan terbabit mempunyai seorang anak perempuan berusia 32 tahun.

“Bagaimanapun, anak perempuan mereka tidak pernah pulang dan tidak menghubungi mereka sejak keluar rumah pada 2016.

“Setakat ini, kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.



Tangan ada kesan kelar, lelaki ditemui mati di tandas rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading