Polis tahan warga emas disyaki melepaskan tembakan kearah sebuah kereta

17/02/2021 07:40 PM

JOHOR BAHRU, 17 Feb — Polis menahan seorang lelaki warga emas yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di kawasan Taman Ulu Choh di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata seorang lelaki berumur 21 tahun dalam aduannya mendakwa kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.15 petang semasa dia sedang memandu kereta jenis Perodua Myvi di kawasan Taman Ulu Choh menghala ke jalan keluar di Jalan Senduduk, di sini.



“Pada pukul 5.30 petang hari yang sama, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah menahan seorang lelaki berumur 63 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau di sebuah rumah dalam kawasan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesan tembakan dapat dilihat pada pintu bahagian belakang sebelah kanan kereta, dan menurutnya kejadian dipercayai berlaku berikutan sikap lelaki itu yang sering membuat bising menggunakan keretanya sehingga mengganggu jiran tetangga.

Katanya polis turut merampas satu laras senapang tiruan pendek serta satu laras senapang tiruan panjang, dan siasatan awal polis mendapati senapang itu dibuat sendiri oleh suspek berdasarkan pembelajaran melalui Youtube.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.



Pegawai imigresen hadapi 17 tuduhan rasuah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button