Saintis China cipta ‘kanak-kanak AI’

Saintis China cipta ‘kanak-kanak AI’

Saintis China cipta 'kanak-kanak AI'
TONG TONG didedahkan pada satu pameran teknologi AI di Beijing, baru-baru ini.

Beijing: Sekumpulan saintis China berjaya mencipta ‘kanak-kanak teknologi kecerdasan buatan (AI)’ pertama di dunia, entiti yang mempamerkan tingkah laku dan keupayaan yang serupa dengan kanak-kanak manusia berusia tiga atau empat tahun, lapor portal Oddity Central.

Dinamakan Tong Tong atau Gadis Kecil, anak AI pertama di dunia itu dianggap sebagai langkah besar ke arah Kecerdasan Am Buatan (AGI).

Diperkenalkan pada Pameran Batasan Teknologi Kecerdasan Am Buatan, model AI yang inovatif itu dilaporkan mampu menjangkau pembelajaran autonomi dan mungkin memaparkan tahap emosi yang belum pernah dilihat dalam pembangunan AI.



Menurut penciptanya di Institut Beijing untuk Kecerdasan Am Buatan (Bigai), Tong Tong terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya melalui interaksi dengan manusia dan penerokaan.

“Tong Tong mempunyai minda dan berusaha untuk memahami akal yang diajar oleh manusia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mesti Merakyatkan Perjuangan Keadilan Untuk Bossku




“Dia membezakan yang betul daripada yang salah, menyatakan sikapnya dalam pelbagai situasi, dan mempunyai kuasa untuk membentuk masa depan,” kata video promosi yang ditunjukkan semasa pameran itu.

Semasa pameran di Beijing itu pada bulan lalu, pelawat boleh berinteraksi dengan Tong Tong dan memerhati tingkah lakunya berdasarkan pengaturcaraannya.

Sebagai contoh, apabila diprogramkan untuk memilih persekitarannya yang kemas, avatar maya Tong Tong akan membetulkan foto yang bengkok di dinding, malah membawa bangku untuk dipanjat untuk mencapai bingkai itu, jika ia terlalu tinggi.

Jika seseorang menumpahkan susu semasa simulasi, Tong Tong akan membawa kain buruk untuk membersihkannya.



Bagaimanapun, salah satu perkara utama yang membezakan Tong Tong daripada ciptaan AI yang lain ialah dia mempunyai kuasa untuk memberikan tugas secara bebas kepada dirinya berdasarkan nilai dan cita-citanya sendiri.

Penciptanya mendakwa bahawa Tong Tong mampu belajar secara autonomi dan mempunyai perasaan gembira, marah, dan sedih, serta bertindak balas dengan sewajarnya kepada keadaan emosi orang lain.

Gadis Kecil itu juga boleh berinteraksi dengan orang ramai melalui mimik muka, gerak isyarat dan perbualan.

Pengarah Bigai, Zhu Songchun berkata, Tong Tong sedang berkembang dan bertambah baik secara berterusan.



“Untuk maju ke arah kecerdasan am buatan, kita mesti mencipta entiti yang boleh memahami dunia sebenar dan memiliki pelbagai kemahiran,” katanya.

Saintis China cipta ‘kanak-kanak AI’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading