Tiga kali di ICU, akhirnya Yusman pergi pada bulan mulia
Tiga kali di ICU, akhirnya Yusman pergi pada bulan mulia
LIPIS – “Aku dah letih, nak rehat dan tenang,” kata hati Yusman Zahari Zakaria dua hari sembelum menghembus nafas terakhir pada ramadan ini.
Luahan lelaki berusia 51 tahun itu dizahirkan kepada adiknya , Ismail Rosli, 45, sebelum dimasukkan ke Hospital Sedang pada petang Ahad selepas waktu berbuka puasa.
Menurut Ismail, abangnya yang meninggal dunia pada jam 11.20 pagi semalam terkenal dengan sikap lantang dan merupakan antara pejuang penulisan kreatif dan media siber UMNO.
Jelasnya, minat mendalam ketika muda dicurahkan dengan membantu menaikkan nama parti itu, bahkan ketika penghujung hayatnya masih setia bersama kepimpinan parti menabur bakti.
“Alhamdulillah sepanjang dengan zaman UMNO dari umur 22 tahun, dari awal sokong dan nampak kepimpinan Tok Wan dari mula dia jadi Yang Berhormat, jadi Exco Kerajaan Negeri, lepas itu jadi Menteri Besar Pahang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perbicaraan Kes Rasuah Wan Saiful Bermula
- Sampaikan Peruntukan Untuk Rakyat Pun Hendak PN Politikkan, Mana Sikap Cakna Kepada Rakyat?
“Apa lagi nak bila dah dapat tengok dia jadi Naib Presiden UMNO, setia dengan UMNO sampai hujung nyawa, cuma kena kuat demi Bossku,” kata arwah kepadanya.
Menurut Ismail, kehilangan abangnya itu turut dirasai penduduk Felda Sungai Koyan kerana keramahan dan sikap mengambil berat serta suka bergurau.
Ini kerana arwah juga suka memasak untuk penduduk kampung selain mesra dengan masyarakat kerana hobinya keliling kampung setiap kali pulang.
Allahyarham meninggal dunia akhibat kegagalan jantung dan menghidap penyakit itu lebih setahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan di lima buah hospital dalam negara.
Beliau sempat memberi penghormatan terakhir kepada arwah dan mengadakan bacaan tahlil selain menghulurkan sumbangan kepada keluarga arwah.
“Allahyarham Yusman merupakan seorang sahabat dan juga seorang pejuang UMNO yang sejati dan kehilangannya sudah pastinya amat dirasai.
“Kali terakhir saya bertemu arwah ialah kira-kira sebulan lalu di pejabat saya di Pusat Dagangan Dunia , Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui semalam.
Manakala menerusi laman Facebook, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak turut berduka apabila mengetahui khabar pemergian mengejut penyokongnya itu.
“Arwah penyokong setia DSN dan UMNO, sentiasa membantu DSN apabila diperlukan.
“Di hari-hari terakhirnya, arwah tetap hadir di kompleks mahkamah memberikan sokongan kepada DSN,” katanya.
Allahyarham dilahirkan pada 26 Julai 1973 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Koyan pada tengah malam tadi. – MalaysiaGazette
Tiga kali di ICU, akhirnya Yusman pergi pada bulan mulia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah
- Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri
- Bukan Zahid, tapi Khairy yang dua kali jadi biawak hidup.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :