Havana sekali lagi kemuka resolusi bantah sekatan AS, harap sokongan Malaysia dan masyarakat antarabangsa


Duta Cuba ke Malaysia, Ibete Fernández Hernandez

26/02/2021 06:36 PM

Oleh V.Sankara

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Cuba pada Mei ini sekali lagi akan mengemukakan resolusi yang tidak mengikat untuk mengutuk sekatan perdagangan sepihak yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) dan berharap sokongan padu dari Malaysia dan masyarakat antarabangsa.



Duta Cuba ke Malaysia, Ibete Fernandez Hernandez berkata draf resolusi bertajuk ‘Keperluan untuk mengakhiri sekatan ekonomi, komersial dan kewangan yang dikenakan AS terhadap Cuba’ akan dibentangkan semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-75 di New York.

Selama hampir 60 tahun Cuba dicengkam sekatan AS.

“Malaysia sentiasa menyokong Cuba menentang sekatan dan berdasarkan prinsip dasar luarnya yang membantah sekatan sepihak.

“Kami mengulangi penghargaan kami dan berharap sekali lagi draf resolusi yang akan dibentangkan pada pada Mei tahun ini mendapat sokongan Malaysia.



“Cuba tidak akan berputus asa sehingga sekatan itu dihentikan,” katanya pada sidang media maya yang diadakan dengan Bernama, semalam (25 Februari).

Duta itu berkata draf resolusi berkenaan sepatutnya dibentangkan akhir tahun lalu, tetapi ditangguhkan ke Mei tahun ini berikutan pandemik COVID-19.

Pada 2019, 187 negara anggota PBB menyokong resolusi tersebut, yang dikemukakan Cuba sejak 1992.

Hernandez berkata sekatan AS dalam tempoh enam dekad itu telah menjejaskan ekonomi dan kewangan Cuba menyaksikan kadar pertukaran semasa berjumlah lebih US$144 bilion hingga Mac 2020.



Sejak empat tahun lalu, menurutnya AS telah mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Cuba dan semua negara yang mempertahankan atau berusaha menjalin hubungan ekonomi, komersial dan kewangan dengan Havana.

Menurutnya tindakan bekas Presiden Donald Trump mengenakan 240 sekatan terhadap Cuba semasa pentadbirannya dan pada 2020 sahaja lebih 50 sekatan dikenakan.

“Sekatan tidak berperikemanusiaan itu diburukkan lagi dengan kemunculan pandemik COVID-19.

“Kerajaan AS telah menggunakan dasar ini, dan khususnya terhadap komponen luar wilayahnya, dengan sengaja menghalang kemasukan peralatan yang diperlukan untuk mencegah penyakit itu,” tambahnya.



Hernandez berkata antara 2020 dan awal 2021, Jabatan Luar AS meningkatkan lagi sekatan yang memberi kesan besar terhadap aktiviti perniagaan dan perdagangan, selain menghalang beberapa rakan asing untuk terlibat atau terus berurusan dengan entiti Cuba.

Dikecam Gel4r Lisa ‘Blackpig’, Janna Nick Tutup IG & Twitter?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button