Agrobank raih 5 anugerah berprestij

Agrobank raih 5 anugerah berprestij

Agrobank raih 5 anugerah berprestij
ROSDI (tengah) bersama kakitangan Agrobank pada Majlis Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2023.

Kuala Lumpur: Agrobank memenangi lima anugerah berprestij menerusi kempen dan inisiatif perhubungan awamnya dalam Majlis Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2023 (MPRA 2023) baru-baru ini.

Lima anugerah yang dirangkul bank itu adalah Anugerah Pelancaran Pengguna bagi inisiatif dan pencapaian perhubungan awam melalui projek Pemerkasaan Luar Bandar: Inisiatif Perbankan Bergerak di Sabah dan Kelantan, Anugerah Pelancaran Produk (B2B) melalui Produk Pembiayaan Agro-Makanan, Anugerah Komunikasi Syarikat melalui inisiatif Memperkasa Komunikasi dengan Menyatupadukan Pekerja dan Majikan menerusi platform suara #KeluargaAgrobankers di Media Sosial, Anugerah Komunikasi Kewangan melalui Kecemerlangan Pemulihan Perniagaan Kecil: Memperkasa Komuniti dan juga Anugerah Kandungan Terbaik melalui Dana Bazar Ramadan Agrobank.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, bank berbesar hati menerima pengiktirafan ini oleh Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia di MPRA 2023.



“Kami proaktif untuk terus menyediakan solusi kewangan terbaik serta pendekatan holistik bagi produk-produk perbankan dan perkhidmatan kami menerusi pelan komunikasi dan kempen-kempen perhubungan awam yang berkesan.

“Pengiktirafan ini juga simbolik inisiatif kami dalam mempelbagaikan saluran komunikasi bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat khususnya pelanggan kami mengenai manfaat yang dapat ditawarkan oleh pihak bank.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




“Kami berpegang teguh kepada mandat yang telah diberikan kepada kami dalam menyokong sektor pertanian serta meningkatkan kemampanan sosioekonomi komuniti sasaran,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Agrobank komited merangka pelan strategik serta mengukuhkan peranan pembangunannya sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dalam memacu pembangunan ekonomi sektor pertanian.

Anugerah Pelancaran Pengguna di bawah Kategori Korporat ini mengiktiraf kejayaan cemerlang dalam pembangunan, penyusunan semula, atau pelancaran semula jenama pengguna sama ada produk atau perkhidmatan melalui penggunaan atau aktiviti perhubungan awam.

Sementara itu, Anugerah Pelancaran Produk (B2B) menitik beratkan keupayaan syarikat atau agensi untuk mencipta pengiktirafan jenama atau penggunaan barang serta perkhidmatan berkenaan.



Bagi Anugerah Komunikasi Syarikat, MPRA memberi pengiktirafan melalui kemahiran dalam menyampaikan penggabungan atau pengambilalihan, pengurusan perubahan, penjenamaan semula, penstrukturan semula atau isu lain yang bersifat komunikasi dalaman.

Anugerah Komunikasi Kewangan pula diberikan kepada kempen berterusan yang paling berkesan atau projek one-off dalam sektor kewangan dan Anugerah Kandungan Terbaik mengiktiraf penggunaan kandungan yang paling kreatif dan berkesan untuk kempen atau inisiatif tersendiri, seperti penulisan iklan, grafik, video dan lain-lain.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Agrobank, Rosdi Effendi dan Ketua Pengalaman Pelanggan Agrobank, Katheja Begum serta kakitangan Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Agrobank.

Agrobank raih 5 anugerah berprestij

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading