DATUK SERI VIDA: “SUKA HATI SAYALAH NAK PAKAI CINCIN EMAS BESAR-BESAR”

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida atau DSV baru-baru ini telah memuat naik sebuah video TikTok bersifat lelucon tentang dirinya yang masih single sambil menayangkan barang kemasnya, termasuk sebentuk cincin besar yang dikatakan berbentuk kerongsang atau brooch.

Seperti kebiasaan, pasti akan ada komen yang kurang memuaskan. Video tersebut menjadi bualan ramai apabila ada dalam netizen memperlekehkan cincin yang dipakai Datuk Seri Vida di dalam video itu.

Tegasnya, dia tidak tergamak meraih perhatian dengan memakai kerongsang bagi menggantikan cincin. Dalam pada itu, DSV turut menempelak netizen yang sering meleparkan kritikan kepadanya ‘money can’t buy class’ (duit tak boleh beli darjat).

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya, Telaga Emas. Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia. Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar.

“Orang yang tak mampu memanglah cakap ‘no class’, cuba kalau mampu, macam mana? High classlah!” kata Datuk Seri Vida yang difahamkan memuat naik video TikTok jenaka tentang dirinya yang masih single sambil menayangkan barang kemasnya termasuk cincin besar yang dikatakan seperti kerongsang.

Image_3.jpg

Leave a Reply