Ramalan ‘Nujum Pak Belalang’ Semakin Jelas

Ramalan ”Nujum Pak Belalang” Semakin Jelas, Acara Melompat Bakal Berlaku

Ciapan Menteri Kanan, Dato Seri Azmin Ali menarik perhatian pemerhati politik Malaysia.

Malah ‘Ramalan Nujum Pak Belalang’ nampak semakin jelas apabila Xavier Jayakumar telah membuat keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa 12 Mac 2021.



Setiausaha Agung PKR membidas tindakan bekas Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan media.

Saifuddin mendakwa Xavier menjadi mangsa ugutan politik apabila dikaitkan dengan penahanan seorang individu oleh SPRM.

Saifuddin Dakwa Xavier Mangsa Ugutan Politik



Ahli Parlimen Ketereh pula memberi bayangan akan ada beberapa Ahli Parlimen (pembangkang) akan mengambil keputusan bersama Perikatan Nasional dan memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kebetulan atau memang dirancang kenyataan Annuar Musa senada dengan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang meramalkan akan ada lagi ahli parlimen keluar parti (pembangkang).

Dalam pada itu, dakwaan Saifuddin mengenai seorang Menteri Kanan yang menghubungi Xavier perlu dipandang serius. Adakah berlaku sesuatu yang disorokkan atau lebih serius dari itu?



Persoalan lain yang timbul, bagaimana Annuar Musa lebih mengetahui akan ada acara ‘pertukaran politik’ ahli parlimen?

Beliau nampaknya lebih maklum perkara tersebut. Adakah beliau ada menyimpan “Geluk Ramalan Nujum Pak Belalang”?

Perlakuan ahli parlimen yang suka-suka menukar haluan selepas memenangi PRU membuat rakyat muak melihat permainan politik.



Pengundi diperbodohkan dengan manifesto, pemimpin diberikan kemenangan tetapi akhirnya kepercayaan pengundi dikhianati.

Sampai bila ahli politik mahu bermain politik dan membelakangkan kepercayaan pengundi hanya kerana mahu selesa?

Krisis PKR Buat Xavier Tinggalkan PKR



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button