Cukuplah 22 Bulan Melayu Jadi “Bangsat” – Mohd Razlan

BN & PAS Perlu Guna Lambang Sendiri Bila Tiba PRU15

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=QZaambvF3FE[/embedyt]

Datuk Mohd Razlan – MKT UMNO – mengingatkan Umno & Pas selama 22 bulan orang Melayu menjadi ‘bangsat’ dibawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Datuk Mohd Razlan
MKT UMNO

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Persidangan Agung UMNO 2020 yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini.

Razlan turut menyentuh bagaimana tergurisnya akar umbi UMNO bila melihat ada kalangan pemimpin Umno yang melompat ke parti lain selepas BN kalah pada PRU14.



Lebih memeritkan mereka yang melompat beroleh kemenangan dari kerja keras jentera UMNO/BN semasa bertanding menggunakan platform BN.

Razlan juga menggesa PAS menggunakan lambang Pas dan BN akan menggunakan lambang BN pada PRU15 bagi mengelak kekeliruan kepada pengundi.

Esok Persidangan Agung UMNO 2020 akan bermula dan hala tuju UMNO akan ditentukan para perwakilan dari seluruh negara.

Memandangkan berlaku pelbagai kontroversi serta naratif negatif yang dilemparkan kepada UMNO , maka PAU2020 ini menjadi tumpuan seluruh negara malah parti politik lain turut berminat dengan hasil permuafakatan perwakilan.



Pemimpin PN Khianati Rakyat dan UMNO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading