Mahathir Salah Tafsir Mengenai Rakyat

Mahathir Salah Tafsir Mengenai Rakyat, Bukan Mahu Jadikan Dia PM Lagi

Bekas Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir salah tafsir mengenai kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau yang menyatakan rakyat marah kepada Institusi Raja Raja Melayu cuba membangkitkan perasaan curiga rakyat terhadap Institusi DiRaja.

Mahathir Manipulasi Darurat Untuk Kepentingan Parti

Mahathir didakwa berkata orang Melayu semakin marah kepada DYMM Agong kerana menuruti kemahuan kerajaan mengisytiharkan darurat sehingga Ogos 2021.

Sebaliknya Mahathir perlu memahami keresahan sebenar rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Apa yang cuba disampaikan rakyat kepada Perikatan Nasional ialah keadaan ekonomi poket rakyat yang semakin merudum.

Dengan kenaikan kos sara hidup, kesukaran mendapat pekerjaan serta kesan ekonomi negara sesiapa sahaja sebagai rakyat tentulah gelisah.

Perkembangan politik yang menyaksikan sebuah kerajaan yang agak goyah turut meresahkan rakyat.

Keresahan Rakyat

Muhyiddin Yassin
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menambah kegusaran rakyat apabila beliau mengakui kerajaan kekurangan wang. Beliau memberi bayangan kerajaan telah mengeluarkan banyak wang untuk membantu rakyat.

Rujukan – https://malaysiadateline.com/muhyiddin-akui-kerajaan-sudah-tiada-banyak-wang/

Bagaimana seorang Perdana Menteri boleh membuat kenyataan yang membimbangkan? Bukan rakyat sahaja malah pelabur asing turut boleh terkesan dengan kenyataan sedemikian.

Apa yang membuat rakyat semakin marah terhadap Perikatan Nasional ialah persepsi bahawa kerajaan lebih risaukan kuasa memerintah daripada menjaga kebajikan rakyat.

Mereka (Perikatan Nasional) lebih mementingkan sokongan dengan mengutip sesiapa sahaja ahli politik yang sanggup bersama dan memberi sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Ini perlu dihentikan segera sekiranya kerajaan tidak mahu mengundang persepsi negatif rakyat.

Kembalikan keyakinan pelabur, kembangkan ekonomi tempatan dan bantuan yang perlu untuk rakyat disegerakan.

Tafsiran Mahathir

Bagaimanapun bagi Mahathir, beliau menafsirkan kemarahan rakyat itu ditujukan kepada Institusi DiRaja.

Adakah beliau masih mahu kembali sebagai Perdana Menteri sekaligus mencatat sejarah menjadi PM buat kali ke 3?

Sebagaimana semua maklum, Mahathir sememangnya suka membuat tafsiran yang menguntungkan kedudukan politik beliau dan partinya.

Menggunakan elemen kemarahan rakyat dan memanipulasinya konon rakyat marah kepada Raja Raja Melayu sebenarnya membuka pekung Mahathir sendiri.

Apa yang rakyat mahukan ialah sebuah kerajaan yang stabil, cakna dan kuat bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan, tetapi bukanlah sebuah kerajaan ‘caca marba’ seperti sekarang.

Rakyat kini bukanlah rakyat seperti zaman Mahathir yang hanya mendapat maklumat bila disediakan.

Dunia sudah berada dihujung jari dan rakyat hanya perlu mengetik untuk mencari semua maklumat diperlukan.

Rakyat Tolak Perdana Menteri Perutusan

Leave a Reply