Nafi Bayar RM15 Ribu, Siapa Ketua Pengarah J-KOM?

Nafi Bayar RM15 Ribu, Siapa Ketua Pengarah J-KOM

Penafian Daripada J-KOM

J-KOM hari ini mengeluarkan kenyataan penafian dakwaan bayaran sebanyak RM15 Ribu sebulan kepada seorang individu yang tular dalam satu video semalam.

Perkara tersebut menjadi tular apabila seorang individu mengakui beliau dibayar oleh JKOM untuk ‘membuat kerja’.

Carian dalam Google serta arkib berita tempatan tidak menemukan sebarang kenyataan lantikan J-KOM melainkan kenyataan Menteri Komunikasi & Multimedia.



Dalam kenyataan YB Saifuddin Abdullah, beliau menjelaskan JASA dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza.

JKOM
Petikan Kenyataan Saifuddin Abdullah Berkaitan JKOM

Bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang lantikan ke jawatan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JKOM dilakukan.

Jika tiada lantikan, bagaimana peruntukan diberikan kepada JKOM bagi menjalankan tugasan? Adakah peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan 2021 diguna pakai atau peruntukan lain digunakan menggerakkan JKOM?

Peruntukan yang diminta dalam Belanjawan 2021 untuk JKOM mencecah RM85.5 juta namun jumlah tersebut dikurangkan kepada RM40.5 juta.



JKOM
Petikan Kenyataan Saifuddin Abdullah Berkaitan Lantikan KP JKOM

Persoalan utama yang perlu dijawap JKOM ialah siapa Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik?

Adakah lantikan melalui proses SPA atau lantikan bermotif politik? Siapa pula daripada JASA yang telah menerima lantikan sebagai anggota JKOM?

Kenyataan Media Berkaitan Dana JKOM

Benarkah JKOM tidak menjalankan propaganda politik dan hanya wujud pada nama sahaja?

Memandangkan Sidang Dewan Rakyat masih ditangguhkan, banyak persoalan berkaitan JKOM tidak boleh dijawap oleh Menteri bertanggungjawab.



J-KOM Bayar RM15 Ribu Sebulan, Siapa Ketua Pengarah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button