J-KOM Bayar RM15 Ribu Sebulan, Siapa Ketua Pengarah?

J-KOM Didakwa Bayar RM15 Ribu Sebulan

Misteri Ketua Pengarah J-KOM

Tular dalam media sosial seorang lelaki mendakwa dibayar oleh J-KOM sebanyak RM15 Ribu sebulan untuk membuat kerja.

Individu itu mengakui perkara tersebut apabila ditanya mengenai herdikannya terhadap Pemuda UMNO dalam siaran langsung di facebook.

Persoalannya benarkah dakwaan beliau dibayar oleh J-KOM sebanyak itu?

Merujuk kepada pembentangan Belanjawan 2021, YB Saifuddin Abdullah telah menyatakan dana J-KOM telah dikurangkan dari permohonan asal.

Kenyataan Media Berkaitan Dana JKOM

Peruntukan asal sebanyak RM85.5 juta telah dikurangkan sebanyak RM45 juta menjadikan ia hanya RM40.5 juta.

Bagaimanapun carian berkaitan lantikan JKOM tidak menemui siapa Ketua Pengarah serta Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik.

Kemanakah dana tersebut dibelanjakan jika masih belum ada lantikan J-KOM sehingga hari ini sedangkan Belanjawan 2021 telah diluluskan dalam Sidang Dewan Rakyat?

Tangkap Layar Google

Penjenamaan semula JASA kepada J-KOM juga menimbulkan kontroversi kerana dikaitkan dengan kepentingan politik.

Jika benar tiada lantikan dalam J-KOM, bagaimana individu dalam video tersebut boleh mendakwa beliau dibayar J-KOM?

Menteri berkenaan perlu tampil menjelaskan perjalanan peruntukan dana J-KOM selepas diluluskan. Adakah peruntukan tersebut benar-benar digunakan selari dengan penubuhan atau sebaliknya.

Kena Kritik Lantik Individu Kalah & Hilang Deposit

 

Leave a Reply