Menteri Besar Kedah Lebih Berani Dari Perdana Menteri?

KEP 5000 Menteri Besar Kedah Lebih Berani Dari Perdana Menteri
Toyota Vellfire KEP 5000

 

Nampaknya Menteri Besar Kedah lebih berani menggunakan perkataan MENTERI BESAR KEDAH di kenderaan milik SADA daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenderaan Toyota Vellfire dengan pendaftaran JBM 2 yang dilaporkan memasuki perkarangan Istana Negara awal pagi tadi.

Difahamkan kenderaan tersebut dinaiki Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.



 

JBM 2 Kereta Rasmi PM Malaysia?
Kenderaan Rasmi Perdana Menteri Malaysia?

 

Bagaimanapun tiada perkataan Perdana Menteri tertera di kenderaan tersebut sekaligus menimbulkan tanda tanya kepada netizen.

Mengapa PM tidak menggunakan kenderaan rasmi kerajaan Malaysia selaku Perdana Menteri?



 

Netizen Persoalkan Protokol Kereta Rasmi PM Malaysia
Tangkap Layar Di Media Sosial – Sumber Facebook

 

Netizen membandingkan Menteri Besar Kedah yang menggunakan kenderaan yang dibeli Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan meletakkan perkataan MENTERI BESAR KEDAH.

Isu kenderaan SADA meletus pada minggu lepas selepas foto kenderaan tersebar di media sosial.



SADA sendiri mengesahkan Toyota Vellfire KEP 5000 adalah milik syarikat dan digunakan untuk urusan SADA selain membawa tetamu VIP SADA.

Jadi bagaimana Perdana Menteri Malaysia sendiri tidak menggunakan perkataan “Perdana Menteri Malaysia” pada kenderaan yang digunakan untuk memasuki Istana Negara atas urusan rasmi kerajaan?

Mungkin nampak remeh isu ini tetapi impak daripada foto maka netizen mula mempersoalkan protokol kerajaan.

 



Vellfire KEP 5000 Milik SADA Atau Menteri Besar Kedah?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button