Vellfire KEP 5000 Milik SADA Atau Menteri Besar Kedah?

KEP 5000 Milik SADA Atau MB Kedah
Toyota Vellfire KEP 5000

 

Tular sekeping foto sebuah kenderaan Toyota Vellfire bernombor KEP 5000 tertera tulisan MENTERI BESAR KEDAH di akaun facebook seorang netizen semalam.

SADA (Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd) pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kenderaan sama dengan nombor sama iaitu KEP 5000.

Menurut kenyataan tersebut kenderaan itu adalah untuk kegunaan rasmi syarikat SADA.



 

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA)
SADA

Persoalannya adakah kenderaan tersebut merupakan kenderaan yang sama digunakan MB Kedah?

Jika benar kenderaan KEP 5000 itu adalah milik SADA, bagaimana mereka mahu menjelaskan tentang tulisan MENTERI BESAR KEDAH di nombor plat kenderaan tersebut?

Kenyataan SADA dalam Harakahdaily pada 17/10/2020.



 

Kenyataan SADA Mengenai KEP 5000
Kenyataan SADA Dalam HarakahDaily

 

Isu berkaitan kenderaan ini ditularkan oleh seorang netizen yang mengecam wajah seorang sebagai Menteri Besar Kedah semasa berada di Juru.

Beliau turut mempersoalkan ‘test drive’ sebuah Ford Raptor yang dilakukan oleh individu yang beliau kenali sebagai Menteri Besar Kedah.



Kisah asal – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4195084567179461&id=100000338785307

Harga Ford Raptor

 

Dengan harga RM208,888 untuk kenderaan yang dikatakan menarik perhatian MB Kedah, ia boleh membeli sebanyak 17,408 kilogram ikan temenung (kembung) untuk dijadikan gulai.



Penjelasan daripada kedua pihak samada SADA atau MB Kedah memang dinantikan rakyat terutama Kedah.

Milik siapa sebenarnya KEP 5000?

Mungkin Kementerian Pengangkutan ada jawapan siapakah pemilik sebenar kenderaan tersebut.

Artikel menarik –



‘Datuk’ antara 2 ditahan dengan alat curi kenderaan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button