Azalina Tegur Takiyuddin Pasal ‘Tiang Gol’

Azalina Tegur Takiyuddin Pasal Tiang Gol
Tiang Gol

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato Azalina Said menegur Dato Takiyuddin mengenai pengalihan ‘Tiang Gol’ dalam isu Proklamasi Darurat.

Azalina Tegur Takiyuddin Pasal 'Tiang Gol'

 

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, sebelum ini pernah menggesa agar Parlimen dibuka untuk membolehkan sidang dilakukan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berpendapat masih belum sampai masa parlimen bersidang.

Teguran Azalina terhadap Takiyuddin mendapat reaksi balas apabila dijawap Menteri Undang-Undang itu.

 

Azalina Tegur Takiyuddin Pasal Tiang Gol
Reaksi Takiyuddin Pasal Tiang Gol

 

Takiyuddin berkata, bukan ‘Tiang Gol’ dialihkan tetapi hanya membantu pengadil membuat pengadilan yang betul.

Azalina merujuk kepada penubuhan Jawatankuasa Bebas Darurat yang ditubuhkan bagi menasihati Yang DiPertuan Agong berkenaan ‘Darurat Kesihatan’.

 

 

‘Perang twitter’ pasal tiang gol antara Azalina dan Takiyuddin turut menarik minat salah seorang daripada JK yang ditubuhkan.

Tan Sri Noh Omar berpendapat apa yang dizahirkan Takiyuddin telah menghina kedudukan beliau (Noh Omar).

Beliau turut mempersoalkan tindakan Takiyuddin dalam isu ‘Tiang Gol’. Noh berpendapat Takiyuddin cuba mengelirukan anggota JawatanKuasa Khas Darurat yang ditubuhkan.

Noh Omar Mengulas Kisah Tiang Gol
Dari Facebook Tan Sri Noh Omar

Nampaknya bukan sahaja rakyat keliru, malah semua kabinet akan keliru dengan kenyataan Takiyuddin.

Alih ‘Tiang Gol’ untuk kepentingan siapa dan untuk apa? Takiyuddin perlu lebih jelas menerangkan maksud beliau dalam kenyataannya.

 

Azalina, Takiyuddin & Tiang Gol
Azalina Tegur Takiyuddin Pasal Tiang Gol

 

Apa yang Azalina utarakan ternyata membawa suara rakyat yang semakin gelisah dengan perlakuan kabinet Kerajaan yang sering kali berubah mengikut situasi.

Sekiranya perlu ditamatkan ‘Darurat’ maka tamatkanlah. Jika masih perlu masa untuk menurunkan kebarangkalian penularan pandemik covid19, kerajaan sepatutnya mencari jalan penyelesaian.

Pertingkatkan pemberian vaksin kepada rakyat dan permudahkan urusan vaksinasi. Pastikan menjelang akhir tahun 2021, lebih 80% rakyat telah selesai 2 dos vaksin.

Bukannya mengurung rakyat dengan PKP, PKPD, PKPP, PKPB secara berulang-ulang.

Usah ‘Kembirikan’ Parlimen Ujar Azalina

“AZALINA SEBAGAI TIMBALAN SPEAKER, DIMENSI BARU PARLIMEN”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *