Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

Realitinya, Muhyiddin bukanlah seorang ahli politik yang sentiasa bersetuju dengan kepimpinan Dr Mahathir.

Malah, sejarah politik negara telah mencatatkan bagaimana Dr Mahathir pernah mengkhianati Muhyiddin secara terang.

Sebelum kejatuhan Barisan Nasional dalam PRU 14, beberapa kali Dr Mahathir cuba memujuk Muhyiddin supaya bersama beliau menjatuhkan DS Najib.

Klimaks kepada pakatan antara Dr Mahathir dan Muhyiddin adalah cubaan kudeta kerusi perdana menteri yang turut digerakkan oleh 3 Tan Sri.

Kegagalan dalam kudeta tersebut terpaksa dibayar oleh Muhyiddin dengan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kemudian Dr Mahathir memujuk Muhyiddin supaya meninggalkan UMNO untuk bersama dengan beliau di dalam PPBM.

Dr Mahathir menjanjikan jawatan perdana menteri kepada Muhyiddin sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU 14.

Namun apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 14, Dr Mahathir khianati janji dengan beliau sendiri menjadi perdana menteri.

Tetapi selepas 22 bulan, Muhyiddin membalasnya dengan menggerakkan Langkah Sheraton.

Muhyiddin Terpaksa Meminta Pertolongan Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

Seperti yang penulis nyatakan dalam artikel sebelum ini, Muhyiddin pada awalnya sememangnya enggan bertemu Dr Mahathir.

Sebab itu pertemuan antara Dr Mahathir dan kepimpinan PAS tidak disertainya.

PAS berpendapat keadaan ini akan menimbulkan persoalan di kalangan rakyat mengenai halatuju Proklamasi Melayu yang kononnya untuk orang Melayu.

PAS terpaksa ‘mengarahkan’ Muhyiddin supaya menghadap Dr Mahathir supaya mereka dapat menunggang isu bangsa Melayu dengan lebih yakin.

Muhyiddin pula melihat ianya sebagai satu peluang untuk melakukan satu pakatan dengan Dr Mahathir untuk membendung PAS yang semakin besar kepala dalam PN.

PAS masih yakin Dr Mahathir mempunyai pengaruh di Kedah dan dapat membantu PAS mengekalkan Terengganu dan Kelantan.

PAS tidak boleh kehilangan salah satu atau ketiga-tiga negeri tersebut dalam PRN kerana ianya akan memberikan impak yang sangat besar.

Dalam masa yang sama, PAS juga sedar, Gerakan tidak mampu membantu untuk menarik undi pengundi bukan Melayu.

Sekiranya Muhyiddin masih berdegil untuk tidak mahu menghadap Dr Mahathir, perjuangan yang menunggang bangsa Melayu akan kelihatan cacat.

Bagi Muhyiddin pula, apabila melihat PAS tunduk dengan permintaan Dr Mahathir supaya menggantikan Sanusi dengan Mukhriz, ianya memberi petanda yang baik.

Muhyiddin tahu, Dr Mahathir boleh digunakan sebagai lidah beliau untuk mengawal penguasaan PAS di dalam PN.

Yang Muhyiddin dan PAS tidak sedar adalah, nama Mahathir itu sendiri akan menjadi liabiliti kepada PN dalam pilhanraya di 6 buah negeri.

 

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker