Dato Sri Ismail Sabri Yaakob PM Ke-9

Dato Seri Ismail Sabri Yaakob diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Salinan kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara telah meleraikan semua tanda tanya pemerhati, penganalisa politik dan rakyat mengenai siapakah akan menjadi PM Ke-9.

Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera itu akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 susulan hilang majoriti sokongan ahli parlimen.



Berikut sebahagian kenyataan Istana Negara –

Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk
Kerajaan.

Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 Ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.




Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Ismail Sabri Masih Belum Selamat Dengan 114

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button