Bapa buat laporan polis nafi dakwaan pelakon remaja

Kuala Lumpur: Bapa kepada pelakon remaja perempuan membuat laporan polis susulan pendedahan anaknya berhubung sikap buruk lelaki terbabit yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, lelaki berkenaan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam.

“Setakat ini, tiada laporan (polis bapa pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.



Terdahulu, pelakon berusia 15 tahun menjadi tetamu jemputan dalam satu program ‘broadcast’ di YouTube bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya, baru-baru ini.

Pelakon terbabit mendedahkan sikap buruk bapanya selain memperlakukan ibunya dengan teruk.

Semalam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun dipetik berkata, setakat ini, belum ada laporan rasmi diterima berhubung perkara itu,



Menurutnya, sekiranya perkara itu benar berlaku, pihaknya akan memanggil pelakon terbabit serta bapanya untuk disiasat dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading