Air mani keluar melalui dubur

 

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) menanggung derita sejak dua tahun lalu akibat masalah pada alat sulitnya.

Daily Star melaporkan sedikit air mani pemuda berusia 33 tahun itu keluar menerusi punggungnya dan sedikit sisa najis pula keluar melalui alat sulitnya.

Dia mendapatkan rawatan selepas masalahnya jadi bertambah serius apabila testisnya membengkak dan sakit.

Menurut IFL Science, lelaki itu mengeluarkan gas dalam air kencingnya atau disebut sebagai pneumaturia.

Dia juga membuang air besar disebut fecaluria dan mengeluarkan campuran air kencing dan air mani menerusi saluran duburnya

Pasukan yang membantu menyelesaikan masalahnya kemudian menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal Cureus.

Difahamkan, pemuda itu mengalami testis bengkak dan masalah pada saluran kencing.

Pemeriksaan digital menunjukkan tanda-tanda masalah pada dinding duburnya.

Imbas CT kemudian menunjukkan gambaran imej lebih baik mengenai pelbagai masalah dihadapi lelaki berkenaan.

Laporan itu mengatakan bahawa terdapat struktur berisi gas dan pemeriksaan lanjut mendapati adanya fistula atau laluan yang tidak normal antara uretra dan dubur dengan pelbagai cecair dan pepejal melaluinya.

Masalah itu diatasi dengan pembedahan, tetapi pasukan perubatan turut memeriksa masalah lain.

Dua tahun sebelum itu, pemuda berkenaan dilaporkan koma tiga minggu selepas mabuk kokain dan fensiklidina.

Ketika itu, dia dilengkapi dengan kateter Foley yang mungkin menyebabkan punca kecederaan yang menyebabkan masalah pelik itu.

Agensi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading