AS hantar 2.5 juta dos vaksin ke Bangladesh

 

Amerika Syarikat (AS) menghantar 2.5 juta lagi dos vaksin ke Bangladesh yang teruk dilanda wabak COVID-19.

Pegawai Rumah Putih memaklumkan perkara itu kepada AFP, semalam, selepas pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan peningkatan sumbangan AS kepada global.

Penghantaran terbaru membabitkan 2,508,480 dos vaksin jenis Pfizer itu menjadikan jumlah sumbangan AS kepada negara berkenaan kini melebihi sembilan juta dos.

 





Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pembungkusan sedang dilakukan dan penghantaran pertama yang dibuat melalui program COVAX diterajui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiba Isnin ini.

“Kami bangga dapat menghantar vaksin yang selamat dan berkesan ini kepada rakyat Bangladesh,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, ‘tidak ada sebarang ikatan’ di sebalik pemberian sumbangan terbabit.

“Kami berkongsi dos ini bukan untuk meraih bantuan atau mendapatkan konsesi,” katanya.

Berdasarkan maklumat pangkalan data AFP, hanya 9.3 peratus daripada penduduk Bangladesh sudah lengkap vaksinasi COVID-19, setakat minggu ini. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button