Arab Saudi tubuh syarikat tenusu unta
Arab Saudi tubuh syarikat tenusu unta

Riyadh: Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) mengumumkan pada Khamis penubuhan Syarikat Sawani untuk merangsang industri tenusu unta.
Syarikat itu menyasarkan untuk menjadi pengeluar utama produk tenusu unta dan membolehkan pertumbuhan industri penternakan unta Arab Saudi, selain menyumbang kepada pembangunan mampan, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Ketua barangan pengguna dan runcit di Bahagian Pelaburan Mena di PIF, Majed Al-Assafsaid berkata, Arab Saudi mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang industri tenusu unta yang mempunyai potensi besar untuk meningkatkan keupayaan operasinya dan mengembangkan ekosistem.
Beliau berkata, faktor-faktor itu mewakili kelebihan daya saing merentas keseluruhan rantaian bekalan di samping pelaburan, membolehkan pertumbuhan ketara industri dan akhirnya membawa kepada eksport produk tenusu unta.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
PIF sudah melabur secara strategik dalam sektor makanan dan pertanian untuk membantu mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dan menyokong hasil industrinya yang unik.
Antara pelaburan PIF termasuk penciptaan Syarikat Kopi Saudi yang mempromosikan biji kopi Khulani Saudi dan Syarikat Pembangunan Produk Halal yang melabur dalam sektor produk halal.
Sejak 2017, PIF sudah menubuhkan 84 syarikat dalam 13 sektor strategik.
Arab Saudi tubuh syarikat tenusu unta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM: MB Kedah Akan Di Panggil
- PAS Itu Islam Dan Islam Itu PAS, Apakah Benar Begitu?
- Proklamasi Mahathir sekadar fatamorgana dan retorik kosong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :