Mahkamah tak benar sahkan perkahwinan pasangan berlainan agama

Mahkamah tak benar sahkan perkahwinan pasangan berlainan agama

Mahkamah tak benar sahkan perkahwinan pasangan berlainan agama
FOTO HIASAN.

Jakarta: Mahkamah Agung Indonesia melarang mahkamah rendah daripada memberikan kebenaran untuk mengesahkan perkahwinan antara pasangan berlainan agama sebagai syarat pendaftaran di pejabat pendaftaran sivil.

Jakarta Post melaporkan larangan itu termaktub dalam pekeliling yang dikeluarkan pada Isnin, 17 Julai lalu.

Surat pekeliling itu yang ditandatangani Ketua Hakim Negara Muhammad Syarifuddin, memerintahkan hakim untuk mengekalkan Perkara 2 Undang-undang Perkahwinan 1974.

Undang-undang mewajibkan perkahwinan hanya boleh dianggap sah, jika dilakukan mengikut agama yang dianuti oleh pasangan pengantin.



“Mahkamah tidak boleh memberikan sebarang permintaan untuk pendaftaran perkahwinan antara orang yang berbeza agama dan kepercayaan,” tulis mahkamah dalam pekeliling itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

Ketua Hakim Bintang AL kemudian berhujah bahawa perkahwinan antara pasangan berlainan agama adalah munasabah dan berkemungkinan berlaku memandangkan keadaan geografi negara dan kepelbagaian penduduk, seperti yang tertulis dalam keputusan itu.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyambut baik perintah Mahkamah Agung itu dalam memberikan kepastian undang-undang dan menutup kelemahan undang-undang untuk perkahwinan antara pasangan berlainan agama.

“Semua pihak wajib mematuhi surat pekeliling itu terutama hakim yang tidak faham atau berpura-pura tidak memahami Hukum Perkahwinan,” kata ketua fatwa MUI, Asrorun Ni’am dalam satu kenyataan pada Selasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




Tetapi pekeliling Mahkamah Agung adalah halangan untuk sebarang jaminan pasangan antara agama boleh mendapat pengakuan perkahwinan mereka oleh kerajaan, menurut kumpulan hak asasi, Institut Setara.

“Pekeliling itu menutup sebarang kemajuan yang dicapai oleh institusi kehakiman negeri dalam menjamin hak rakyat daripada pelbagai latar belakang,” kata pengarah eksekutif Institut Setara Halili Hasan pada Rabu.

“Mahkamah Agung tidak perlu mengeluarkan pekeliling seperti itu,” kata pensyarah Universiti Nahdlatul Ulama Indonesia di Jakarta, Ahmad Suaedy,



Mengikut Undang-undang Pentadbiran Sivil 2006, suami isteri boleh mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat hal ehwal agama bagi orang Islam dan pejabat pendaftaran sivil bagi orang bukan Islam.

Undang-undang itu menetapkan bahawa pasangan berlainan agama juga boleh mendaftarkan perkahwinan mereka dengan pejabat pendaftaran selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah

Mahkamah tak benar sahkan perkahwinan pasangan berlainan agama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button