Resepi – Pucuk ubi goreng

Resepi pucuk ubi goreng

Hari ini kita berkongsi satu resepi iaitu pucuk ubi goreng. Ia boleh dihidangkan sebagai hidangan sampingan untuk keluarga.

Bahan-bahan & resepi

400 gm daun pucuk ubi ( tanpa batang )
15O gm cili kering
150 gm ikan bilis
250 gm bawang besar ( hiris )
20 gm belacan
2 keping asam keping
Ikan masin kurau secukupnya ( goreng dan blender hingga halus )
2 tbsp gula
1 1/2 tbsp garam
5 cawan minyak masak
.
CARA
1. Pucuk ubi di basuh dan di keringkan

2. Rebus cili kering dan mesin blender tanpa air

3. Panaskan minyak dan goreng kesemua pucuk ubi hingga garing

4. Goreng ikan bilis hingga garing

5. Tumiskan bawang besar hingga garing, masukkan cili blender dan masak hingga cili garing
Masukkan belacan dan asam keping juga serta garam dan gula

6. Setelah cili garing masukkan pucuk ubi, ikan bilis, ikan masin dan gaul rata perlahan
siapppp
Selamat mencuba ya

TIPS

1. Boleh teruskan masuk dalam bekas selepas pucuk ubi sejuk atau boleh toskan dahulu minyaknya
.
2. Guna pucuk ubi berdaun besar pucuk ubi lebih garing ya

MASAK APA HARI INI

Leave a Reply