Sasar siap akhir tahun

Sasar siap akhir tahun

Sasar siap akhir tahun
PIHAK WCE menjangkakan pertumbuhan positif aliran trafik susulan pembukaan empat bahagian baharu tidak lama lagi.

Ipoh: WCE Holdings Bhd menyasarkan empat bahagian Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang kini dalam fasa pembinaan, siap menjelang akhir tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac 2024.

Empat bahagian itu adalah Seksyen 1, Seksyen 2, Seksyen 6 dan Seksyen 11 yang apabila siap sepenuhnya akan menghubungkan Seksyen 1 dengan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Seksyen 2 dengan Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Seksyen 6 dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) dan Seksyen 11 dengan Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Selain itu, Seksyen 3, 4, dan 7 pula dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun kewangan 2025.



Ketua Pegawai Eksekutif WCE Holdings, Lyndon Alfred Felix berkata, pihaknya menjangkakan pertumbuhan positif aliran trafik susulan pembukaan empat bahagian baharu itu.

“Beberapa faktor yang menyumbang kepada keyakinan (pertumbuhan positif aliran trafik) ini adalah, pertama: tiga daripada empat bahagian ini terletak di Selangor dengan jumlah trafik yang cenderung lebih tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark




“Kedua, bahagian-bahagian ini dihubungkan dengan lebuh raya utama lain yang akan menggalakkan lebih banyak penggunaan, dan pembukaan empat bahagian ini akan mewujudkan peluang lebih besar kepada pengangkutan sederhana hingga jauh serta kenderaan komersial,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Lyndon berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan pengguna jarak sederhana hingga jauh serta peningkatan bagi kenderaan komersial dengan kesesakan di Lebuhraya Plus juga akan memainkan peranan penting dalam mengalihkan pengguna jalan raya ke WCE.

Beliau berkata, sejak pembukaannya pada 2019, empat bahagian yang beroperasi mencatatkan angka trafik yang memberangsangkan dengan purata 50,000 hingga 60,000 kenderaan setiap hari, menunjukkan peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.

“Semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April lepas, trafik mencapai rekod 100,000 kenderaan setiap hari, peningkatan yang ketara berbanding 60,000 kenderaan setiap hari semasa tempoh perayaan yang sama dalam tahun kewangan sebelumnya,” katanya.

Dalam pada itu, Lyndon berkata sehingga kini 99.9 peratus daripada pengambilan tanah untuk keseluruhan projek berkenaan, selesai.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti


Ditubuhkan pada Disember 2000 dan disenaraikan pada 17 November 2003, WCE Holdings memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek WCE menerusi anak syarikatnya West Coast Expressway Sdn Bhd.

Sasar siap akhir tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading