Tayang ‘bebird’ di LRT, lelaki ditahan Polis

 

Seorang lelaki diberkas polis selepas berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) USJ 21 di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan selepas laporan dibuat seorang wanita di Balai Polis USJ 8 di sini, jam 12.54 tengah hari semalam.

“Mangsa mendakwa suspek menghampirinya sebelum membuka seluar serta mengeluarkan kemaluan ketika dia berada di lokasi kejadian.

“Susulan itu mangsa membuat laporan polis. Malah video kelakuan lelaki terbabit turut tular di media sosial,” katanya tadi.

Abd Khalid berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat bagi mengaibkan kehormatan seseorang.

“Orang ramai dinasihati mematuhi undang-undang dan tidak berkelakuan melampaui batas.

“Kami turut mengalu-alukan maklumat orang ramai. Mereka boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button