MELODI ‘HUJAN’ DIKRITIK SEAKAN WINTER SONATA



MELODI ‘HUJAN’ DIKRITIK SEAKAN WINTER SONATA & IQBAL AKUINYA… TERKINI DSV NAK BALAS HINAAN DENGAN LAGU

Meskipun ada yang meluahkan rasa meluat, menyampah dan mengatakan sampah, namun kisah usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli nampaknya tiada kesudahan apabila kali ini timbul pula dakwaan melodi lagu single pertamanya berjudul ‘Hujan’ mempunyai persamaan dengan lagu ‘Winter Sonata’.

Tidak dinafikan lagu Iqbal itu menerima sambutan luar biasa daripada pendengar apabila muzik video ‘Hujan’ memperoleh tontontan lebih 1 juta di YouTube. Rata-rata memuji keupayaan Iqbal, 27, untuk menyanyi walaupun ia bukanlah berada pada tahap yang memuaskan mengikut standard penyanyi sebenar.

Namun selain isu kualiti vokal, timbul tanda tanya dikalangan netizen tentang keaslian pada salah satu bahagian melodi lagu ‘Hujan’ ciptaan Oja dan Zai Hamzah itu.



Kata mereka, karya yang liriknya dihasilkan oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu kedengaran seperti lagu ‘Winter Sonata’ daripada drama popular dari Korea Selatan.

Iqbal tanpa berselindung telah tampil mengakui yang dia menyedari tentang persamaan berkenaan. Dalam pada itu, Iqbal berharap isu persamaan tersebut tidak diperbesarkan kerana ia berlaku secara kebetulan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Saya tak menafikan ada sedikit persamaan tu, saya sedar ia seakan sama. Pada awalnya apabila dapat lagu tu dan dengar untuk kali pertama… saya dah perasan lagu ni macam ‘Winter Sonata’. Tapi komposer kata tak mengapa sebab kita ada melodi tersendiri. Kalau ada persamaan pun mungkin dalam lima atau enam peratus.

“Kalau kata meniru tu tidak la sebab saya bawa dengan suara saya sendiri… suara garau. Lagipun ia bukanlah menjatuhkan atau meniru, mungkin hanya kebetulan. Komposer pun kata biar je (sedikit persamaan) sebab nak wujudkan mood sedih tu,” ujarnya.



Terkini, DSV dalam satu kenyataan akan membalas penghinaan Iqbal dalam MV Hujan itu melalui lagu juga. Tetapi bukan dia yang akan menyanyi, tapi anaknya Cik B.

“Cik B tengah buat lagu, akan datang dia balas… saya tak nak masuk gelanggang dah sebab kita dah international level, bagi Cik B dulu la.

“Saya hantar dia je, saya tengok belakang tabir sahaja. Semua Cik B buat, dia tengah tulis lagu dan akan dilancarkan secepat mungkin… luar biasa!

“Semestinya lagu tentang DSV la… kisah DSV yang gersang. Gersang tu secara umum, siapa nak tahu kena subscribe YouTube Cik B,” ujarnya dipetik sebagai berkata.



Oleh itu, bersiaplah sebab mungkin lepas ni saluran Youtube akan dipenuhi dengan lagu-lagu Iqbal, DSV dan Cik B, apabila mereka akan saling balas membalas dan sindir menyindir. 😄🤣

MELODI ‘HUJAN’ DIKRITIK SEAKAN WINTER SONATA


Disyorkan Untuk Anda :


Elak dipatuk ular sama dua kali – Zahid



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker