Pemandu Bentley ditahan cukai jalan tamat tempoh

Pemandu Bentley ditahan cukai jalan tamat tempoh
Operasi Samseng Jalanan, Motosikal dan Pelbagai Kesalahan dijalankan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar ibu negara, sejak malam kelmarin hingga awal pagi tadi.

Pemandu Bentley ditahan cukai jalan tamat tempoh

KUALA LUMPUR: Pemandu kereta mewah jenis Bentley antara 18 individu ditahan menerusi Operasi Samseng Jalanan, Motosikal dan Pelbagai Kesalahan bermula 9 malam kelmarin hingga 4 pagi tadi di ibu negara.

Sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mendapati kenderaan dipandu lelaki berusia 23 tahun itu mempamerkan cukai jalan tamat tempoh.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah, berkata kesalahan itu dikesan hasil operasi di sekitar pusat bandar, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).



“Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 108(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita turut menahan seorang lelaki penunggang motosikal berusia 21 tahun atas kesalahan sama. Selain itu, 12 lelaki berusia antara 22 hingga 54 tahun ditahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai Operasi Samseng Jalanan, Zulkafli berkata, pihaknya menahan empat lelaki yang menunggang motosikal secara merbahaya dengan melakukan aksi zig-zag, roket dan superman, selain bersaing sesama sendiri.

Beliau berkata, suspek berusia 19 hingga 21 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Secara keseluruhan sebanyak 371 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 10 motosikal disita mengikut Seksyen 64 akta sama kerana mengubah suai ekzos.

“Motosikal disita akan diambil tindakan dan diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal,” katanya.

Katanya, operasi berterusan akan dijalankan pada setiap hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Pemandu Bentley ditahan cukai jalan tamat tempoh


Disyorkan Untuk Anda :


Perang dalaman Pakatan Harapan bermula?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button