Pemandu rentung kereta terbabit nahas

Pemandu rentung kereta terbabit nahas

Pemandu rentung kereta terbabit nahas
Keadaan kereta dipandu mangsa yang remuk teruk dan rentung selepas terbabit nahas.

KLUANG: Seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios, rentung dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 49.5, Jalan Batu Pahat – Mersing, di sini kira-kira 1 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, pemandunya yang identitinya belum dikenal pasti itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex.

Katanya, pemandu MPV berusia 55 tahun bersama tiga penumpang warga Singapura iaitu suami isteri dan anak berusia 50, 47 dan 11 tahun, mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.



“Siasatan awal mendapati MPV berkenaan dari Batu Pahat menghala ke pusat bandar Kluang manakala Toyota Vios dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, Toyota Vios dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan lalu bertembung MPV berkenaan.

“Kemalangan itu menyebabkan Toyota Vios terbakar sehingga melanggar pokok di bahu jalan dan pemandunya turut rentung di keseluruhan tubuh badan.

“Pemandu MPV mengalami luka di kepala dan sakit dada. Tiga penumpang di belakang turut cedera manakala seorang lagi penumpang di hadapan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, sebuah jentera FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan keseluruhan sepuluh 10 anggota telah bergegas ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, kebakaran telah memusnahkan lebih kurang 80 peratus keseluruhan Toyota Vios.

Beliau berkata, terdapat seorang mangsa tersepit di ruangan pemandu kenderaan yang terbakar.



Pemandu rentung kereta terbabit nahas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading