3 cedera bumbung runtuh

3 cedera bumbung runtuh

3 cedera bumbung runtuh
Tangkap layar dari video tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Tiga individu cedera selepas bahagian siling pusat beli-belah Megah Rise Mall, runtuh akibat hujan lebat dan angin kencang, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang, membabitkan runtuhan siling di bahagian pintu masuk premis berkenaan.

Pihak pengurusan menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sedang mengambil tindakan segera bagi menangani masalah runtuhan itu selain menyiasat punca kejadian.





“Duka cita dimaklumkan bahawa siling di hadapan pintu masuk Megah Rise Mall runtuh pada jam 3 petang.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan pusat beli-belah itu melalui e-mel di [email protected] untuk pertanyaan lanjut.

Terdahulu, tular satu klip video di media sosial memaparkan detik cemas beberapa pengunjung bertempiaran lari menyelamatkan diri ketika siling pusat beli-belah itu runtuh.

Klip video berdurasi 37 saat itu turut menunjukkan pengawal keselamatan mengarahkan pengunjung keluar dari premis berkenaan.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi memaklumkan bahawa sehingga jam 7.30 malam tadi, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

3 cedera bumbung runtuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading