Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati

Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati

Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati
Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati

Korang yang ingin melancong ke Korea Selatan tapi pening memikirkan destinasi yang mesra muslim?

Untuk pengetahuan korang, Seoul menawarkan banyak tempat-tempat menarik yang mesra Muslim untuk para pelancong.

Berikut adalah beberapa tempat yang patut korang kunjungi semasa berada di Seoul:



Istana Gyeongbokgung

Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati

 

Bagi korang yang meminati tempat bersejarah, boleh melawat ke Istana Gyeongbokgung kerana mempunyai keindahan arsitektur tradisional Korea, taman yang luas, dan pertunjukan pergantian penjaga.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan sewaktu melawat istana adalah mengambil gambar, menonton pertunjukan pergantian penjaga, berjalan-jalan di taman istana.

Untuk pengetahuan korang, musim yang sesuai untuk korang melawat ke Istana Gyeongbokgung ialah msim bunga dan musim luruh. Malah, bagi harga tiket masuk untuk dewasa sekitar 3,000 KRW.



Bukchon Hanok Village

Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati

 

Bukchon Hanok Village merupakan perkampungan tradisional Korea yang dipanggil sebagai hanok, pemandangan indah, dan suasana tenang.

Untuk menikmati pemandangan yang lebih indah, korang boleh kunjungi ketika musim bunga dan musim luruh.



Malah, korang dapat berjalan-jalan di antara rumah-rumah hanok, mengambil gambar dan menikmati pemandangan kota dari puncak bukit.

Insadong

Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati

Nak beli cenderamata di Korea tapi tak tahu dekat mana?

Korang boleh ke Insadong kerana terdapat pelbagai barang seni dan cenderamata Korea, galeri seni, dan kafe tradisional Korea.



Selain itu, korang turut boleh mengunjungi galeri seni, mencuba makanan jalanan dan bersantai di kafe tradisional Korea.

Myeongdong

Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati

Myeongdong merupakan syurga bagi mereka yang suka membeli-belah pakaian dan aksesori dari brand terkenal, restoran halal, dan kosmetik Korea.

Di lokasi ini korang dapat membeli pakaian, aksesori, dan kosmetik, mencuba makanan jalanan, melawat restoran halal dan mengambil gambar.



Menara Namsan / Namsan Tower (N Seoul Tower)

Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati

Dari Menara Namsan, korang dapat menikmati pemandangan Seoul yang menakjubkan, restoran halal, serta melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Korang dapat menikmati pemandangan dari puncak menara, mengunjungi restoran halal, menonton pertunjukan, mengambil gambar dan mengunjungi kawasan sekitar Namsan Park.

Untuk menaiki Menara Namsan, korang perlu memnayar harga tiket untuk dewasa sekitar 10,000 KRW.



Sebelum ini kami ada kongsikan 5 restoran halal di Korea Selatan yang wajib korang kunjungi ketika bercuti di sana.

Kredit: Trip.com

Ini 5 Destinasi Mesra Muslim Di Korea Selatan Yang Wajib Lawati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading