Peniaga rugi RM310,000 diperdaya sindiket Macau Scam

Peniaga rugi RM310,000 diperdaya sindiket Macau Scam

Peniaga rugi RM310,000 diperdaya sindiket Macau Scam

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan kerugian RM310,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank dan mendakwa kad kredit milik mangsa digunakan dalam jumlah besar pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak, berkata pihaknya membuka kertas siasatan kes itu selepas menerima laporan daripada mangsa, kelmarin.



“Siasatan mendapati mangsa diminta menghubungi ‘Bank Negara Malaysia’ melalui nombor telefon diberikan. Dalam perbualan bersama suspek, mangsa diminta untuk mendedahkan maklumat perbankan.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila menerima mesej memaklumkan beberapa transaksi dari akaunnya ke akaun yang tidak dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd Mahidisham menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat terperinci pihak berkuasa yang berhubung mengenai sebarang siasatan seperti nama, pangkat pemanggil serta tempat bertugas bagi mengelak menjadi mangsa Macau Scam.



“Mereka juga dinasihatkan membuat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian rasmi dan tidak mendedahkan maklumat akaun serta OTP dan TAC (laluan guna sekali dan kod verifikasi) kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon,” katanya.

Orang ramai mempunyai maklumat kegiatan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Peniaga rugi RM310,000 diperdaya sindiket Macau Scam


Disyorkan Untuk Anda :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button