Letusan Marapi: Batu sebesar kepala dewasa melayang di udara

Letusan Marapi: Batu sebesar kepala dewasa melayang di udara

Letusan Marapi: Batu sebesar kepala dewasa melayang di udara
PASUKAN penyelamat menyelamatkan seorang mangsa dari lereng Gunung Marapi. FOTO AFP

Jakarta: Pengalaman berada di kawasan Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia, ketika ia meletus Ahad lalu, adalah detik menakutkan buat seorang pemuda yang terselamat daripada bencana itu.

Portal BBC melaporkan, ketika kejadian, Muhammad Fadli, 20, berada di sekitar puncak gunung dengan ketinggian 2.891 meter dari aras laut itu.

“Saat mendengar gemuruh dan merasakan gegaran, saya terus bersembunyi bersama tiga rakan saya,” kata Fadli ketika ditemui pemberita, Halbert Caniago di hospital Padang Panjang, Sumatera Barat.



Ketika bersembunyi di sebalik batu, Muhammad Fadli melihat batu berukuran kepala orang dewasa berterbangan.

“Saat salah satu batu menuju ke saya, saya menepisnya dengan tangan yang mengakibatkan jari saya patah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?




Batu berikutnya kemudian mengenai kaki kiri Muhammad Fadli dan membuat tulangnya patah.

Tidak lama kemudian, asap hitam menyelimuti langit sebelum debu pekat menutup penglihatan Muhammad Fadli hingga dia tidak dapat melihat persekitarannya.

“Waktu itu, kami tetap bersembunyi di sebalik batu dan saya tidak tahu mengenai rakan yang lain,” katanya.

Batu yang berterbangan juga terkena kepala salah satu rakannya sehingga individu terbabit hampir tidak sedarkan diri.



Sewaktu asap hitam dengan debu dan hujan batu, Muhammad Fadli yang ketika itu masih bersama tiga rakannya, perlahan-lahan bergerak turun dan cuba mengelak awan panas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU bukan lagi ‘Abang Long’ Perikatan Nasional


“Kami cuba bergerak ke arah bawah dengan terus mencari tempat bersembunyi di celahan batu.



“Saya cuba mengesot ke bawah untuk mencari isyarat bagi menghubungi pihak pos penjagaan dan minta datang menyelamatkan kami,” katanya.

Setelah mendapat isyarat telefon, Muhammad Fadli menghubungi agensi penyelamat Basarnas dan memberitahu keadaan mereka sebelum diselamatkan lapan jam kemudian

“Ketika pasukan penyelamat tiba, saya lega kerana saya dan tiga rakan akhirnya selamat walaupun dalam keadaan luka-luka,” katanya.

Ketika diselamatkan, Muhammad Fadli ditemukan dengan luka patah tulang dan melecet di punggungnya.



Pasukan penyelamat kemudian mengusung lelaki itu sebelum selamat tiba di kaki gunung dan dihantar ke hospital.

Gunung Marapi meletus pada Ahad lalu. Setakat petang semalam, 11 pendaki disahkan maut, manakala 12 lagi masih hilang.

Letusan Marapi: Batu sebesar kepala dewasa melayang di udara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading