YouTube sembunyikan jumlah ‘dislike’ cegah serangan kebencian, gangguan

YouTube sembunyikan jumlah 'dislike' cegah serangan kebencian, gangguan
YouTube mengumumkan jumlah ‘dislike’ orang ramai pada sesebuah video yang dimuat naik di platformnya tidak lagi akan kelihatan. – Foto AFP

YouTube sembunyikan jumlah ‘dislike’ cegah serangan kebencian, gangguan

NEW YORK: Laman video YouTube semalam mengumumkan jumlah ‘dislike’ orang ramai pada sesebuah video yang dimuat naik di platformnya tidak lagi akan kelihatan.

Syarikat itu menyatakan perubahan terbabit bagi memastikan pencipta kandungan tidak menjadi sasaran serangan berbaur kebencian atau gangguan.

Jumlah ‘like’ atau ‘dislike’ yang dipaparkan pada catatan di media sosial sering disebut oleh pengkritik sebagai menjejas kesejahteraan pengguna dengan Facebook serta Instagram sudah membenarkan pengguna mereka menyembunyikan kiraan tanda suka atau ‘like’ pada catatan mereka.

Butang ‘dislike’ bagaimanapun tidak dihapuskan, tetapi jumlahnya hanya untuk maklum balas peribadi dan tidak dipertontonkan kepada khalayak.

Menurut wadah video itu, pencipta baru kandungan melaporkan menjadi mangsa serangan di mana penonton sengaja berusaha menambah jumlah ‘dislike’ yang tinggi.

Ada pencipta kandungan memaklumkan, jumlah ‘dislike’ yang tinggi menjejaskan kesihatan mental mereka.

Perubahan di YouTube itu dibuat tatkala rangkaian sosial dan video utama dunia sering dituduh oleh penggubal dasar, penguasa kawal selia dan kumpulan pemantau sebagai tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pencipta kandungan dan memerangi gangguan dalam talian. – AFP

YouTube sembunyikan jumlah ‘dislike’ cegah serangan kebencian, gangguan



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Leave a Reply