Pelancong maut di Death Valley

Pelancong maut di Death Valley

Pelancong maut di Death Valley
AMARAN suhu panas melampau di tepi lebuh raya di AS. FOTO AFP

Los Angeles: Seorang pelancong maut pada petang Selasa di laluan di Taman Negara Death Valley, yang terletak di antara negeri California dan Nevada Amerika Syarikat (AS).

The Straits Times melaporkan pihak berkuasa pada Rabu berkata, kejadian berlaku sewaktu cuaca panas melampau.

Lelaki berusia 71 tahun dari kawasan Los Angeles itu rebah di luar tandas di Golden Canyon ketika suhu di kawasan itu meningkat kepada 49 darjah Celsius, menurut satu kenyataan media yang memetik pegawai taman itu yang tidak disertakan nama.



Pegawai itu percaya lelaki berkenaan kemungkinan baru mendaki laluan popular itu. Dia memakai topi untuk melindungi daripada kepanasan matahari, mengenakan pakaian mendaki dan membawa beg galas.

“Ini mungkin kematian kedua berkaitan dengan gelombang haba melampau di Death Valley pada musim panas ini. Sebelum ini seorang lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia pada 3 Julai,” tambahnya dalam siaran media berhubung kejadian itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, Death Valley sudah 28 hari mengalami suhu melebihi 43 darjah Celsius, pada tahun ini.

Pegawai taman diberi amaran bahawa strok haba berlaku apabila suhu teras badan meningkat kepada 40 darjah Celsius.

Amaran berkenaan gelombang haba melampau pada musim panas ini sudah pun disiarkan di laman web dengan suhu dijangka kekal antara 43 darjah Celsius dan 49 darjah Celsius.

Ia menggesa pelancong untuk minum banyak air dan membawa lebihan bekalan minuman serta mengelakkan mendaki selepas jam 10 pagi.



Death Valley adalah tempat paling rendah dan paling kering di Amerika dan satu daripada lokasi paling panas di dunia pada kemuncak musim panas.

Suhu tertinggi di dunia iaitu 56.7 darjah Celsius direkodkan di Furnace Creek di taman itu pada 10 Julai 1913, menurut Perkhidmatan Taman Negara AS.

Pelancong maut di Death Valley


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button