Kabinet terbaik selepas 5 Perdana Menteri

 

 



Laporan pencapaian kabinet semalam merupakan berita gembira buat semua rakyat Malaysia. Ini merupakan barisan kabinet terbaik selepas era 5 Perdana Menteri Malaysia.

Dengan pencapaian 90% markah yang dicapai kabinet, ia menunjukkan rakyat berpuashati dengan usaha kerajaan selepas pentadbiran Pakatan Harapan.

Rakyat sendiri mampu melihat perbezaan yang ketara perbandingan 5 orang PM bersama barisan kabinetnya.



Tidak ada alasan munasabah untuk menggugurkan mana-mana ahli jemaah kabinet buat masa sekarang memandangkan mereka cemerlang dalam portfolio masing-masing dan ini seharusnya disokong semua.

Lihat sahaja isu kenaikan harga barang keperluan dapur seperti telur, sayur dan sebagainya. Cara Menteri dan Timbalan Menteri KPDNHEP menangani serta kerjasama peniaga untuk mengekalkan harga amatlah dipuji rakyat.

Pelaburan yang meningkat di bawah seliaan Menteri Ekonomi juga memberangsangkan. Pelabur yang semakin yakin dengan kestabilan politik negara sudah mula berani melabur di Malaysia. Ini antara usaha Menteri yang mampu membuat kerja dengan baik.



Hamzah Zanuddin

Bukan itu sahaja, KDN juga telah berjaya ‘mencuri hati’ rakyat dengan memberi diskaun saman sehingga 80% daripada harga asal saman. Ini menunjukkan keprihatinan Menteri terhadap keluh kesah rakyat.

Begitu juga Menteri Wanita & Keluarga yang terus menerus memberi bantuan kepada rakyat menerusi agensi di bawah Kementeriannya. Tiada isu berbangkit dalam pemberian bantuan yang dilaksanakan beliau.

Tahniah semua!



Rina Harun jadi ‘Patung Chendana’ isu Kg Sungai Baru

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button