Nadia Brian Dedah Terima ‘DM’ Dari Ustaz Selepas Kata Mahu Calon Suami Kuat Agama

Selepas pelakon Nadia Brian menyatakan dirinya sedang mencari calon suami beragama, dia ada menerima mesej peribadi di akaun Instagramnya daripada beberapa individu yang mahu berkenalan.

Menurut laporan Kosmo, Nadia beranggapan ia hanya sekadar gurauan dari peminat dan tidak mahu mengambilnya sebagai perkara yang serius.

Ramai sebenarnya yang mesej saya melalui Instagram dan ada juga ustaz yang katanya berada di Mekah turut berminat dengan kenyataan saya.

Bagaimanapun saya tahu semua orang hanya main-main sahaja untuk konten di TikTok ataupun platform sosial media yang lain, jadi saya anggap mereka hanya bergurau dengan saya.

Nadia Brian Dedah Terima ‘DM’ Dari Ustaz Selepas Kata Mahu Calon Suami Kuat Agama

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashid pernah menyatakan hasrat untuk mencari teman hidup yang mempunyai asas agama yang baik dan mampu mengharungi hidup susah senang bersama.

Saya disua soalan tentang ciri bakal suami yang dicari, jadi saya beri kenyataan inginkan lelaki beragama, tetapi mungkin dalam penulisan, ada penambahan perkataan sehingga mengundang kecaman ramai.

Namun saya akui, untuk berubah sebenarnya bergantung pada diri sendiri.

Dalam pada itu, Nadia juga berharap supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya.

Malah, aktres itu akui dia sedang mempelajari dan mendalami ilmu agama namun belum bersedia untuk berkongsi perkara tersebut kepada peminat.

Nadia Brian Dedah Terima ‘DM’ Dari Ustaz Selepas Kata Mahu Calon Suami Kuat Agama

Saya tahu ramai kata saya tak sesuai dengan orang alim sebab pakaian, cuma apa yang boleh saya kata doa yang baik-baik, lagipun penampilan saya tidaklah keterlaluan.

Jika kalian rasa keterlaluan, saya minta maaf, saya masih menjaga batas, tidak mengganggu sesiapa dan tahu menjaga diri dan saya berniat nak berubah menjadi lebih baik.

Inisiatif mendekati agama seperti mengaji tidak pula saya berkongsi kepada orang ramai sebab benda baik ini biarlah saya sahaja yang tahu.

Terdahulu, Nadia Brian sering dikecam kerana penampilannya yang agak seksi namun, aktres itu terbuka dalam menerima teguran.

Kredit: Kosmo

Nadia Brian Dedah Terima ‘DM’ Dari Ustaz Selepas Kata Mahu Calon Suami Kuat Agama

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker