Sabah dilanda banjir, mangsa di Johor, Pahang terus menurun

Sabah dilanda banjir, mangsa di Johor, Pahang terus menurun

Sabah dilanda banjir, mangsa di Johor, Pahang terus menurun
Orang ramai memenuhi kedai dobi layan diri untuk mencuci dan mengeringkan pakaian berikutan banjir semakin surut ketika tinjauan di sekitar Bandar Kota Tinggi, Johor hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir melibatkan 75 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Beluran setakat 8 malam ini.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bagaimanapun, mangsa banjir di Johor dan Pahang terus mencatatkan penurunan kepada 617 orang di 12 PPS malam ini berbanding 891 orang petang tadi.

Di Johor, sebanyak 456 orang berlindung di tujuh PPS dengan 136 mangsa di satu PPS di daerah Mersing, 124 mangsa di dua PPS di Kota Tinggi, 88 mangsa di dua PPS di Segamat, 85 orang di satu PPS di Kluang dan 23 mangsa di satu PPS di Batu Pahat.



Di Pahang pula, 143 mangsa masih kekal ditempatkan di dua PPS di Rompin, manakala 18 orang di satu PPS di Pekan.

Dalam pada itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor, Pahang, Perak, Perlis, Kedah, Selangor dan Terengganu berada pada paras bahaya malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali




Di Johor, sungai terbabit ialah Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Muar di Segamat dan Sungai Endau di Kluang, di Pahang membabitkan Sungai Pahang di Pekan, Bera dan Maran serta Sungai Rompin, Sungai Perak di Hulu Perak (Perak), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Klang (Selangor) dan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu (Terengganu).

Sementara itu, NADMA memaklumkan terdapat 46 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Ladang Siang di Kota Tinggi, Johor, Jalan Kuala Mentiga-Terapai di Pekan, Pahang dan Jalan Bukit Besi – Dungun di Dungun, Terengganu.

NADMA turut memaklumkan 47 orang daripada 12 keluarga masih kekal berlindung di sebuah PPS di Tawau, Sabah, manakala 38 mangsa daripada 12 keluarga juga ditempatkan di sebuah PPS di Kuching, Sarawak ekoran insiden kebakaran.

Sabah dilanda banjir, mangsa di Johor, Pahang terus menurun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading