10 kematian akibat Covid-19 dilaporkan

foto hiasan

 

Sebanyak 10 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 31,940 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 6,437 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (tiga), Kuala Lumpur (dua) Kelantan (dua) dan masing-masing satu di Johor, Perak dan Sarawak serta tiada kematian di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 47,805 kes aktif melibatkan 40,749 kes dikuarantin di rumah, 4,042 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,890 kes di hospital, 54 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 70 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-K! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading