Tubuh di hotel, kepala di rumah

Tubuh di hotel, kepala di rumah

Tubuh di hotel, kepala di rumah
KEPALA mangsa ditemukan di rumah suspek. FOTO Reuters

Tokyo: Seorang doktor, isteri dan anak perempuannya ditahan minggu ini berhubung dakwaan pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di sebuah hotel di Hokkaido, Jepun.

Straits Times melaporkan, kepala mayat itu ditemukan pada Isnin di rumah suspek, kata akhbar The Mainichi Shimbun, memetik sumber siasatan.

Runa Tamura, 29, dan bapanya Osamu Tamura, seorang doktor berusia 59 tahun, ditahan pada Isnin kerana disyaki mencacatkan, memiliki dan meninggalkan mayat berkenaan.



Hiroko, 60, iaitu isteri dan ibu kepada dua suspek berkenaan ditahan keesokannya atas tuduhan sama.

Pada 2 Julai, mayat Hitoshi Ura yang berusia 62 tahun ditemukan tanpa kepala dan dalam keadaan bogel di di dalam tandas sebuah bilik hotel di daerah hiburan Susukino Sapporo.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing




Tamura dan bapanya disyaki memenggal kepala lelaki itu di hotel itu, lapor The Asahi Shimbun.

Mereka juga disyaki membawa kepala mangsa ke lokasi lain.

Mangsa meninggal dunia akibat luka tikaman, dan dipenggal selepas mati, kata The Asahi Shimbun, memetik sumber penyiasatan.

Tiada tanda pergelutan di dalam bilik itu dan mangsa tidak mempunyai kecederaan akibat mempertahankan diri, kata laporan itu.



Polis sedang berusaha untuk mengenal pasti motif pembunuhan dan hubungan antara Ura dengan Osamu juga anak perempuannya kata Kyodo News, sambil menambah bahawa polis enggan menyatakan sama ada suspek sudah mengaku bersalah.

Pada 1 Julai, Ura dan seorang lagi individu, dipercayai Tamura, mendaftar masuk ke hotel itu, jam 10.50 malam.

Seseorang dilihat meninggalkan hotel itu sendirian kira-kira 2 pagi pada 2 Julai, kata Kyodo News, memetik polis.

Laporan itu berkata, Tamura adalah pakar psikiatri di sebuah hospital di Sapporo, dan disyaki menghantar juga menjemput Tamura di hotel.



Mayat Ura ditemukan oleh seorang pekerja hotel yang memeriksa bilik selepas dia tidak mendaftar keluar menjelang tengah hari.

Tubuh di hotel, kepala di rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button