‘PH gentar dengan strategi kempen BN’

JOHOR BAHRU: Pelbagai strategi kempen diamalkan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kurang disenangi oleh Pakatan Harapan (PH) seolah-olah gentar sokongan pengundi Tionghua beralih angin ke BN.

Ia jelas menerusi kenyataan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Liew Chin Tong seolah-olah yang terkilan dengan sambutan luar biasa daripada penduduk setempat ketika calon BN berkempen.

Liew Chin Tong turut mempersenda kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘Bossku’ pada Ahad lalu ke Perling untuk membantu kempen calon BN, Tan Hiang Kee yang merupakan pesaing kepada Chin Tong.



PH berasa tercabar apabila mereka dikerumuni penduduk setempat ketika mengunjungi medan selera di Taman Bukit Indah di sini.

Kebanyakan pengunjung berbangsa Tionghua kelihatan ceria dan menyenangi kehadiran mereka untuk berkempen sekaligus memberi petanda baik berkaitan sokongan mereka terhadap BN.

“Sekiranya saya di tempat Hasni, saya tidak menjangkakan Najib ke Johor.

“Ia menenggelamkan penampilan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai calon menteri besar Barisan Nasional (BN).



“Saya tiada masalah Najib berkempen di sini dan mengalu-alukan kedatangannya.

“Lebih baik dia datang setiap hari untuk berkempen,” katanya seolah-olah mempersenda kehadiran Najib.

Terdahulu Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed juga menyatakan peluang Pengerusi DAP Johor, Chin Tong untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling tipis.

Ia berikutan pengundi di kawasan berkenaan menolak beliau atas faktor calon pengembara.



Rekod negatif Chin Tong yang berpindah randah itu dipercayai memberi kelebihan kepada calon BN, Tan Hiang Kee untuk memenangi kerusi terbabit.

Chin Tong pernah menjadi wakil rakyat di Pulau Pinang, kemudian jadi wakil rakyat di Kluang dan selepas itu kalah bertanding di Ayer Hitam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button