Pemilihan UMNO, siapa akan tandingi ‘Top 5’?



 

Persidangan Agung UMNO 2021 telah berlangsung dengan baik dan keputusan perbincangan tarikh PRU telah diputuskan akan dibincangkan oleh ‘Top 5’.

Menjelang akhir 2022, sudah hampir pasti pemilihan baru akan diadakan dalam UMNO bagi semua jawatan tertinggi dalam UMNO.

Selain Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO, paling menarik perhatian semua pemerhati politik ialah ‘Top 5’ UMNO.

Antara nama yang dijangkakan menjadi perhatian perwakilan UMNO



  • Zahid Hamidi
  • Mohamad Hasan
  • Ismail Sabri
  • Hishamuddin Hussein
  • Khaled Nordin
  • Annuar Musa
  • Khairy Jamaluddin
  • Mahadzir Khalid
  • Tajuddin Rahman
  • Shahidan Kassim

Siapa akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan ‘Top 5’ UMNO nanti?

Ramai menjangkakan akan ada saingan sengit dalam pemilihan kali ini. Mata akan tertumpu kepada nama-nama besar dan menanti adakah mereka cukup berani mengisytiharkan untuk menawarkan diri bertanding jawatan ‘Top 5’.

Pertimbangan secara keseluruhan perlu dicapai perwakilan untuk memastikan ‘Top 5’ betul-betul bersedia mengambil risiko mempertahankan UMNO dari sebarang tekanan luar jangka.

Sesiapa yang menawarkan diri untuk jawatan juga wajib menunjukkan kesetiaan tahap tertinggi kepada parti dan bukannya ‘Berbaju Umno, Berjiwa Bunga’ kerana pemimpin sebegitu amat berbahaya untuk diberikan kedudukan tinggi dalam parti.



BAWA ASPIRASI PARTI UMNO DAN BUKAN KEPENTINGAN SURVIVAL DIRI DALAM PEMILIHAN UMNO

Ahli UMNO memerlukan pemimpin yang kekal membawa aspirasi parti dan bukan agenda kepentingan survival diri.

Yang bertanding juga tidak wajar meletakkan kepentingan pihak lain selain UMNO dan rakyat sebagai keutamaan dan bukan menggunakan alasan mengarut bagi menghalalkan matlamat.

Bagi mereka yang akan bertanding, sewajarnya bertanya kepada diri sendiri adakah mereka mampu berdiri dan menjaga UMNO seperti nyawa sendiri.

Apa yang penting, semua yang akan menawarkan diri sebaiknya menggunakan kaedah perbincangan dalaman untuk tidak mengusutkan keadaan politik serta merosakkan harmoni kalangan ahli UMNO.



UMNO bukan parti picisan – Zahid Hamidi

 

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker