Ramos ledak hatrik benam Switzerland

LUSAIL: Goncalo Ramos meledak hatrik pertama di Piala Dunia 2022 ketika Portugal membelasah Switzerland 6-1 untuk mara ke suku akhir bertemu Maghribi.

Pemain 21 tahun itu, yang memulakan permainan dengan bintang veteran, Cristiano Ronaldo direhatkan, meledak gol pada minit ke-17, 51 dan 67 di Stadium Lusail.

Penyerang Benfica itu, yang memulakan permainan buat kali pertama untuk negaranya, digantikan dengan Ronaldo ketika permainan berbaki 20 minit dan Portugal selesa mendahului 5-1.



Pertahanan veteran, Pepe yang berusia 39 tahun, turut menemui sasaran dengan menanduk masuk gol kedua Portugal pada minit ke-33.

Raphael Guerreiro menjaringkan gol keempat buat skuad kendalian Fernando Santos pada minit ke-55 dan Rafael Leao melengkapkan kemenangan dalam masa kecederaan.

Ronaldo turut menjaringkan gol namun jaringannya dibatalkan kerana dia berada dalam kedudukan ofsaid ketika menerima bola.

Gol tunggal Switzerland dijaringkan Manuel Akanji pada minit ke-58.



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading