Polis buru pencuri ‘bogel’

Shah Alam- Polis giat mengesan seorang lelaki yang tular berkeliaran dalam keadaan berbogel di kawasan perumahan Seksyen 19, sebelum melakukan jenayah pecah rumah di Seksyen 20, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang wanita yang mana rumahnya dipercayai dipecah masuk lelaki sama.

Katanya, ketika kejadian, mangsa seorang wanita tempatan sedang tidur bersama anak perempuannya di ruang tamu.



“Mangsa kemudian terjaga apabila cahaya silau mengenai matanya dan menjerit selepas sedar akan kehadiran suspek.

“Jeritan mangsa menyebabkan suspek segera berlari keluar dari rumah itu, manakala suami mangsa yang tersedar bergegas lari keluar dari dalam bilik tidur menuju kepada mangsa, namun mendapati suspek sudah tiada.

“Susulan kejadian itu, mangsa kehilangan kira-kira RM1,600 wang hasil perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan.



“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Shafarulrazi ditalian 010-8889910/03-55202222.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading