Kanak-kanak rentung, lima rumah terbakar

Kanak-kanak rentung, lima rumah terbakar

Kanak-kanak rentung, lima rumah terbakar
Lima rumah teres dua tingkat di RPR Batu Kawa, Kuching, terbakar hari ini. – Foto NSTP/IHSAN JBPM

KUCHING: Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran lima rumah di Lorong 16, Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa, di sini, hari ini.

Mayat mangsa, Zayyan Nazeem Zainal Abidin, 6, ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, ketika melakukan kerja ‘overhaul’ selepas api berjaya dipadam.

Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata mayat mangsa yang terperangkap di dalam bilik belakang di tingkat atas ditemui pada jam 3.33 petang.



Menurutnya, mayat kanak-kanak malang itu ditemukan di rumah kedua daripada lima rumah yang terbabit dalam kejadian itu.

“Sejurus ditemui, mayat mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis di lokasi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Handeri berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.12 tengah hari.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikejarkan lokasi dengan dibantu 10 anggota dari BBP Padungan.



“Setibanya di lokasi, didapati rumah pertama dan rumah kedua dalam deretan rumah teres dua tingkat itu musnah sepenuhnya.

“Tiga lagi iaitu rumah ketika terbakar 60 peratus, rumah keempat 50 peratus manakala rumah kelima 20 peratus,” katanya.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Kanak-kanak rentung, lima rumah terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button