Patah tangan, cedera muka akibat terjatuh di Air Terjun Seri Perigi

Patah tangan, cedera muka akibat terjatuh di Air Terjun Seri Perigi

Patah tangan, cedera muka akibat terjatuh di Air Terjun Seri Perigi
Anggota bomba membantu membawa keluar lelaki yang cedera akibat terjatuh di Air Terjun Seri Perigi. Foto Ihsan Bomba

YAN: Seorang lelaki patah tangan kanan dan cedera di muka akibat terjatuh ketika sedang mandi di Air Terjun Seri Perigi, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.19 petang.

Beliau berkata, mangsa yang berusia lingkungan 20-an kemudian dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan.



“Ini adalah kejadian kedua berlaku dalam tahun ini di kawasan rekreasi Seri Perigi Yan. Kami menasihatkan pengunjung supaya menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti di kawasan air terjun kerana pelbagai kemungkinan tidak diingini boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norhamidi berkata, selain dari itu, orang ramai diharapkan supaya sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca yang tidak menentu buat masa.

Patah tangan, cedera muka akibat terjatuh di Air Terjun Seri Perigi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button