Warga emas maut kenderaan dihempap pokok tumbang

Warga emas maut kenderaan dihempap pokok tumbang

Warga emas maut kenderaan dihempap pokok tumbang
Anggota bomba berusaha mengeluarkan warga emas yang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Payong, Kampung Bukit Payong, Alor Setar, petang tadi. – Foto ihsan Bomba

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Bukit Payong, Kampung Bukit Payong, di sini, petang tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shahrin Musa berkata mangsa dikenali sebagai Ooi Boon Khak, berusia 74 tahun.

Katanya, lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan terperangkap dalam kereta jenis Hyundai sejurus selepas pihaknya menerima panggilan jam 3.20 petang.



“Sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Pokok Sena bergegas ke lokasi kejadian sebaik selepas menerima panggilan jam 3.20 petang untuk melakukan tugas penyelamatan.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Hyundai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak




“Terdapat seorang lelaki warga emas berada dalam kereta terbabit dan disahkan meninggal dunia pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shahrin berkata usaha mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit menggunakan peralatan khas selain bantuan sebuah jentolak.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Bomba melakukan kerja-kerja pemotongan pokok tumbang menggunakan gergaji berantai sehingga selesai sepenuhnya pada jam 5 petang,” katanya.



Warga emas maut kenderaan dihempap pokok tumbang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading