Terlupa tarik brek tangan, kereta ditenggelami air pasang

Terlupa tarik brek tangan, kereta ditenggelami air pasang

Terlupa tarik brek tangan, kereta ditenggelami air pasang
KERETA milik lelaki Bangladesh yang ditenggelami air di Pantai Klebang, hari ini, akibat terlupa menarik brek tangan. NSTP/Ihsan PDRM

MELAKA: Hasrat seorang warga Bangladesh untuk berehat di pantai berakhir dengan ‘mimpi buruk’ selepas kereta miliknya ditenggelami air, akibat terlupa menarik brek tangan di Pantai Klebang, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika lelaki berusia 38 tahun itu ke kawasan pantai berkenaan untuk berehat.

“Ketika berhenti untuk berehat di tepi pantai, lelaki itu dikatakan terlelap dan tidak sempat untuk menarik brek tangan.



“Dia bagaimanapun hanya tersedar selepas keretanya menggelongsor ke kawasan tambak lalu tersangkut ke dalam pasir dan tidak dapat bergerak.

“Tidak lama selepas itu air pantai mulai pasang sehingga menyebabkan separuh daripada keretanya ditenggelami air sebelum dia cuba mendapatkan bantuan trak tunda,” katanya.

Christopher berkata, disebabkan tiada wang untuk membayar kos trak tunda, dia meninggalkan keretanya di lokasi kejadian.

“Semakan dibuat mendapati lelaki terbabit mempunyai lesen memandu selain kereta terbabit juga tidak bersangkut dengan sebarang kes jenayah.



“Kereta dibawa keluar oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan akan dibawa ke pusat simpanan pihak berkuasa tempatan berkenaan bagi proses tuntutan kos urusan penundaan daripada pemiliknya,” katanya.

Terlupa tarik brek tangan, kereta ditenggelami air pasang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button